Samsung Galaxy S8 Pada Tahun Hadapan Mungkin Menyertakan Skrin 4K?

Samsung Galaxy S8 Pada Tahun Hadapan Mungkin Menyertakan Skrin 4K?

Diterbitkan pada June 8, 2016 oleh .

Samsung merupakan salah satu pengeluar yang menawarkan skrin yang sangat baik pada telefon pintar mereka. Hampir setiap dua versi, Samsung menaik-taraf resolusi pada peranti mereka, dan pada Galaxy S8 yang dijangka hadir sekitar Februari 2017 kelak, Samsung dikatakan mungkin menggunakan skrin pada resolusi 4K UHD.

Samsung Galaxy S7 Edge

Samsung sebelum ini menggunakan skrin HD penuh pada Galaxy S4, dan mengemaskini penawaran mereka untuk menggunakan skrin QuadHD pada Galaxy S6.

Melalui penganalisa di Korea Selatan, mereka menjangkakan yang mana Samsung mungkin menggunakan skrin pada resolusi 4K pada peranti mereka kelak. Ini juga mungkin selari dengan sokongan Daydream yang lebih baik untuk realiti-maya.

Sebelum ini, Sony sedia menyertakan skrin 4K pada Xperia Z5 Premium, selain beberapa pengeluar lain juga turut telah mengintegrasikan skrin 4K pada peranti keluaran mereka.


TIPS & ULASAN