Cari @ Amanz

Facebook merupakan salah satu laman sosial terkemuka yang sering bereksperimen dengan pelbagai kaedah baru. Terkini, ia dilihat mereka sedang menguji kebolehan untuk berkongsi status atau perkongsian yang hanya dipaparkan pada News Feed sahaja, dan bukannya di profil pengguna.

Facebook TimelineDengan bentuk perkongsian seumpamanya, ia akan membuatkan Facebook secara tidak langsung beroperasi seumpama Twitter, dimana perkongsian berkenaan akan hilang daripada paparan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Ini juga akan membolehkan pengguna mengekalkan profil mereka bebas daripada perkongsian yang mungkin tidak begitu penting, apatah lagi dengan pelbagai majikan yang kini telah mula menyemak profil pengguna sebelum mengambil mereka bekerja. Apa pun, seperti biasa, ia masih terbuka untuk carian dan boleh diakses melalui pautan status berkenaan.

Buat masa ini, fungsi ini hanya pada peringkat ujian sahaja dan tidak diketahui akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd