Cari @ Amanz

Watch Dogs merupakan salah satu permainan baru daripada Ubisoft yang telah diperkenalkan pada tahun 2014 yang lepas – memfokuskan kepada kaedah permainan dengan pengguna mengawal watak pengodam dalam menyelesaikan pelbagai misi. Kini, hari ini, pembangunnya secara rasminya telah mengumumkan Watch Dogs 2.

Watch Dogs 2

Watch Dogs 2 akan memfokuskan kepada watak baru Marcus Holloway dan mengambil latar tempat di San Francisco. Watak utama juga kini menerima bantuan daripada beberapa watak yang lain, disamping pemain boleh mengodam pelbagai perkara dalam permainan berkenaan berbanding sebelumnya.

Ubisoft hari ini selain memperkenalkan permainan ini, turut mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan ini secara rasminya pada 15 November kelak. Ia bakal ditawarkan untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One, selain turut ditawarkan untuk pemain PC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd