Huawei Ingin Menjadi Jenama Nombor Satu Telefon Pintar Dalam Tempoh 5 Tahun Akan Datang

Huawei Ingin Menjadi Jenama Nombor Satu Telefon Pintar Dalam Tempoh 5 Tahun Akan Datang

Diterbitkan pada June 9, 2016 oleh .

Huawei pada hari ini menduduki tangga ketiga dalam arena telefon pintar – hanya sedikit dibelakang Apple dan juga Samsung. Seperti kebanyakkan syarikat lain, Huawei turut ingin menjadi jenama nombor satu dalam arena telefon pintar, dan menyasarkan untuk mencapainya dalam tempoh sekitar empat ke lima tahun lagi.

Huawei P9

Dalam tempoh tersebut, Huawei menyasarkan untuk memegang sekitar 25% pasaran peranti pintar. Richard Yu, CEO Huawei mengatakan mereka mempunyai peningkatan pasaran yang tinggi di China dan juga Eropah. Selain daripada itu, mereka mempunyai pegangan yang baik di negara-negara membangun. Huawei turut menyasarkan untuk memasuki pelbagai pasaran baru dalam tempoh tersebut dalam mengukuhkan kedudukan mereka.

Huawei turut mengatakan mereka ingin menawarkan kamera yang lebih baik melalui peranti pintar mereka, dan kerjasama dengan Leica akan berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun. Melalui kerjasama berkenaan, Huawei mengabungkan kepakaran mereka dalam arena cipset dan perisian bersama Leica yang terkenal dengan penawaran lensa profesional dan teknologi fotografi.

Akhir sekali, Huawei turut menekankan mereka akan hadir dengan peranti mesra Daydream – iaitu platform realiti-maya dari Google – pada tahun ini.


TIPS & ULASAN