Bluetooth merupakan salah satu sambungan antara peranti yang digunakan secara meluas oleh semua pengguna seluruh dunia. Terkini, Bluetooth SIG telah mengumumkan generasi baru sambungan berkenaan yang bakal diperkenalkan seawal minggu depan, iaitu Bluetooth 5.
Melalui Bluetooth 5, ia bakal menyokong kawasan liputan dua kali ganda berbanding pada masa hari ini, dan pasa masa yang sama membuatkan pemindahan data menggunakan Bluetooth LE dengan lebih pantas.
Pihak Bluetooth dijangka akan berkongsi lanjut mengenai Bluetooth 5 pada minggu hadapan, 16 Jun.