Cari @ Amanz

Pengenalan fungsi bot pada Facebook Messenger telah membuatkan ramai penyedia perkhidmatan mula mengintegrasikan dan menawarkan perkhidmatan mereka terus melalui Facebook Messenger. Paling terkini, pihak Expedia yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan tempahan hotel untuk bercuti turut telah memperkenalkan bot mereka di Facebook Messenger.

Expedia Bot

Melalui bot Expedia, ia membolehkan pengguna untuk membuat carian hotel untuk lokasi yang dituju. Pada bot berkenaan, pengguna akan diminta untuk memasukkan nama lokasi, dan seterusnya tempoh yang ingin ditempah. Bot berkenaan seterusnya akan memberikan cadangan lokasi untuk ditempah terus pada Facebook Messenger.

Pengenalan ini sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk membuat carian tanpa perlu memuat-turun aplikasi baru atau ke laman web lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya dengan menambah bot Expedia pada Facebook Messenger anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd