Pengasas Google, Larry Page Membuat Pelaburan Pada Pembangunan Kereta Terbang

Pengasas Google, Larry Page Membuat Pelaburan Pada Pembangunan Kereta Terbang

Diterbitkan pada June 9, 2016 oleh .

Google sedia membangunkan teknologi kereta yang dipandu secara automatik. Selain daripadanya, pengasas Google sendiri dilihat mempunyai minat terhadap idea kereta terbang, dan kini dilaporkan beliau secara peribadi telah membuat pelaburan pada dua syarikat yang berkaitan dengannya.

Larry Page dikatakan telah sedia melabur pada syarikat Zee.Aero dan juga Kitty Hawk – dimana masing-masing membangunkan projek kereta yang boleh terbang. Menurut Bloomberg, Zee.Aero telah memulakan ujian penerbangan untuk prototaip dan turut mengambil jurutera dari NASA, SpaceX dan juga Boeing untuk pembangunan.

Untuk makluman, idea kereta terbang ini telah diperlihatkan dalam beberapa filem sejak berdekad yang lepas – membuatkan ramai yang meminati teknologi untuk melihat ke arena berkenaan. Beberapa syarikat lain turut melihat ke arena sama dan mungkin kita akan melihat ia mula dipasarkan pada dekad akan datang.


TIPS & ULASAN