Cari @ Amanz

Lenovo hari ini telah mengadakan acara Lenovo Tech World 2016, dimana melaluinya mereka berkongsi mengenai beberapa teknologi yang sedang dibangunkan oleh mereka, disamping memperkenalkan beberapa produk baru dari gergasi perkomputeran China berkenaan.

Memulakan acara berkenaan, Lenovo mencuri perhatian ramai pengguna dengan memperlihatkan sebuah telefon pintar yang boleh diubah menjadi gelang tangan dengan mudah.

Lenovo Tech World 2016

Melalui demo yang diperlihatkan, Lenovo mengambil latar masa dan tempat dimana pengguna memakai pakaian tanpa poket, dan untuk menyimpan telefon pintar, pengguna hanya memakainya pada tangan.

Lenovo Tech World 2016

Lenovo Tech World 2016

Perkara ini dijayakan melalui penggunaan skrin boleh lentur, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan pelbagai peralatan dari papan induk, komponen dan sebagainya yang turut boleh melengkung sama.

Selain daripada telefon pintar yang boleh diubah menjadi gelang tangan, pihak Lenovo turut memperlihatkan sebuah tablet yang boleh dilipat menjadi dua untuk sebuah telefon pintar dan dikendalikan serta disimpan dengan mudah.

Lenovo Tech World 2016

Lenovo Tech World 2016

Pihak Lenovo tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan pelancaran umum untuknya. Lenovo mengatakan kos untuknya masih tinggi buat masa ini, dan tidak mustahil mereka memperkenalkan produk menggunakan teknologi ini dalam masa setahun dua akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd