Lenovo Phab 2 Pro Diperkenalkan Dengan Tiga Jenis Kamera Berbeza Dibelakang

Lenovo Phab 2 Pro Diperkenalkan Dengan Tiga Jenis Kamera Berbeza Dibelakang

Diterbitkan pada June 10, 2016 oleh .

Lenovo pada awal tahun 2016 ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Google, dan mengatakan mereka akan menjadi terawal menawarkan peranti dibawah Project Tango. Hari ini, pada Lenovo Tech World 2016, Lenovo merealisasikan perkara berkenaan dan telah memperkenalkan secara rasminya Lenovo Phab 2 Pro.

Lenovo Phab 2 Pro merupakan sebuah peranti bersaiz 6.4-inci dengan resolusi QHD, hadir dengan rekaan berasaskan logam, sokongan Dolby Atmos Sound serta Dolby 5.1 Audio Capture, dan bateri berkapasiti 4050 mAh. Lenovo turut mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti ini.

Lenovo Phab 2 Pro

Screenshot (481)

Lenovo Phab 2 Pro memfokuskan kepada sokongan teknologi Tango daripada Google, dan untuk menjayakannya sebanyak tiga kamera digunakan pada bahagian belakang. Di hadapan, Lenovo Phab 2 Pro menggunakan kamera 8-megapixel, sementara di bahagian belakang pula 16-megapixel. Melengkapkan juga pada bahagian belakang adalah sebuah kamera khusus untuk tujuan rakaman data kedalaman, serta satu lagi untuk merakamkan gerakkan.

Lenovo Phab 2 Pro

Lenovo Phab 2 Pro

Google mengatakan melalui Project Tango, ia membolehkan pengguna merakamkan persekitaran mereka dan menggunakan beberapa kandungan berbentuk Augmented Reality.

Di pentas Lenovo Tech World sendiri, demo diperlihatkan dimana persekitaran pengguna dibaca dan kandungan dimainkan yang disesuaikan untuknya.

Disamping itu, pengguna turut boleh menggunakan kamera yang hadir terbina untuk membuat beberapa ukuran serta mengumpulkan data berkaitan yang lain.

Lenovo mengatakan Lenovo Phab 2 Pro ini akan mula dipasarkan bermula bulan September ini, dan ditawarkan pada peringkat global.


TIPS & ULASAN