Hampir 33 Juta Kata Laluan Pengguna Twitter Dilaporkan Tertiris

Hampir 33 Juta Kata Laluan Pengguna Twitter Dilaporkan Tertiris

Diterbitkan pada June 10, 2016 oleh .

Ketirisan maklumat log masuk dan kata laluan kini melanda Twitter. Kini terdapat laporan sebanyak 32,888,300 maklumat pengguna Twitter telah tertiris. Ia ditiriskan oleh sumber yang sama yang berkongsi 100 Juta maklumat pengguna VK.com sebelum ini. Kepada pengguna tempatan anda mungkin tidak perlu risau kerana majoriti maklumat pengguna yang tertiris adalah dari Russia.

Twitter Profil 2014

Twitter menegaskan sistem mereka tidak digodam dan kemungkinan besar maklumat yang tertiris dicuri oleh malware pemalam Chrome serta Firefox. Sungguhpun begitu adalah baik untuk menukar kata laluan Twitter anda sebagai langkah keselamatan. Kami juga menyarankan pengguna mengaktifkan sistem log masuk dwi faktor bagi mengelakkan akaun anda diambil alih. Jangan jadi seperti Mark Zuckerberg yang menjadi mangsa setelah akaun Twitter dan Pinterest beliau digodam akibat ketirisan pengguna LinkedIn beberapa minggu yang lalu.


TIPS & ULASAN