Carian
Facebook Memperkenalkan Sokongan Perkongsian Gambar 360-Darjah
June 10, 2016 Aman

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan memuat-naik dan menonton video 360-darjah pada platform mereka. Kini, memperluaskan sokongan tersebut, Facebook secara rasminya telah mengumumkan sokongan untuk pengguna memuat-naik dan menikmati gambar 360-darjah melalui platform sosial terkemuka berkenaan.

Facebook Panorama

Menariknya untuk gambar 360-darjah ini adalah selain sokongan untuk rakaman gambar menggunakan kamera 360-darjah seperti Samsung Gear 360 dan sebagainya, pihak Facebook turut menyokong paparan gambar Panorama melalui fungsi sama. Pengguna iOS dan juga Samsung Galaxy boleh terus merakamkan gambar Panorama dan berkongsi ia di Facebook untuk dinikmati dalam bentuk paparan 360-darjah.

Pengguna seterusnya boleh mengerakkan gambar berkenaan pada web, peranti iOS dan juga Android melalui aplikasi Facebook yang telah dikemaskini – sekaligus mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh berbanding dengan perkongsian gambar biasa.

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menikmati gambar yang dikongsikan menggunakan beberapa set realiti-maya.

Komen