Facebook Kini Membolehkan Anda Meninggalkan Komen Dalam Bentuk Video

Facebook Kini Membolehkan Anda Meninggalkan Komen Dalam Bentuk Video

Diterbitkan pada June 10, 2016 oleh .

Facebook agak aktif dengan fokus terhadap video mereka sejak awal tahun ini. Terkini, Facebook telah memperkenalkan sebuah sokongan baru, iaitu membolehkan para pengguna untuk meninggalkan komen dalam bentuk video pada sebarang perkongsian di laman sosial berkenaan.

Facebook Komen Video

Sebelum ini, pengguna hanya boleh meninggalkan komen dalam bentuk teks, gambar, emoji ataupun sticker sahaja. Pengenalan meninggalkan komen dalam bentuk video membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih baik serta menyampaikan sesuatu maksud dengan lebih mudah.

Untuk meninggalkan komen dalam bentuk video, pengguna hanya perlu klik pada butang kamera yang dipaparkan pada bahagian meninggalkan komen dan memuat-naik video.

Buat masa ini, ia hanya disokong pada Facebook Pages, Groups, Events dan boleh digunakan pada web, aplikasi iOS dan juga Android.


TIPS & ULASAN