Honor 5C Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Honor 5C Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada June 10, 2016 oleh .

Honor 5C merupakan salah satu peranti berspesifikasi rendah-pertengahan daripada Honor, dan telah dilancarkan secara rasmi pada peringkat global bulan April lepas. Kini, pihak Honor Malaysia telah menjadualkan acara khas untuk melancarkan peranti berkenaan di Malaysia, iaitu pada 14 Jun 2016 ini.

Honor 5C

Honor 5C merupakan kemaskini untuk keluarga Honor 4C yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Ia hadir dengan skrin 5.2-inci dan dijaa menggunakan cip pemprosesan Kirin 650 serta GPU Mali-T830. Peranti ini hadir dengan memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Telefon pintar ini turut hadir dengan rekaan berasaskan logam serta dilengkapi pengimbas cap jari.

Harga jualan untuknya masih menjadi tanda tanya, tetapi dilihat pihak Honor akan turut menawarkan ia melalui laman Lazada.


TIPS & ULASAN