Cari @ Amanz

Celcom hari ini telah menerbitkan sebuah promosi khusus bersempena bulan Ramadhan untuk para pengguna Celcom Xpax, iaitu penawaran Internet Burung Hantu tanpa had percuma dan juga internet percuma untuk penggunaan Waze.

xpax raya amended

Internet Burung Hantu membolehkan pengguna menikmati internet pada kelajuan tinggi antara pukul 1 pagi hingga 7 pagi. Sebelum ini, Celcom telah mula mengecas pengguna baru Xpax Magic, selain mengehadkan ia kepada 10GB sahaja sebulan untuk pengguna lama. Melalui tempoh promosi antara 13 Jun hingga 7 Julai, Celcom dilihat menawarkan ia tanpa had kembali – tetapi seperti biasa tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, kini Celcom turut menawarkan penggunaan Waze secara percuma sepanjang hari untuk bulan Ramadhan ini. Promosi ini terhad untuk mereka yang mendapatkan Magic Reload sepanjang tempoh ini sahaja.


Kemaskini : Artikel asal menandakan promosi Internet Burung Hantu bermula pada 10 Jun, serupa seperti promosi Waze. Sebaliknya, promosi Internet Burung Hantu bermula pada 13 Jun 2016, dan promosi Waze bermula daripada tarikh artikel ini diterbitkan. Maaf atas kesulitan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd