WhatsApp Beta Terbaru Membolehkan Anda Memetik Mesej Rakan Sebelum Membalasnya

WhatsApp Beta Terbaru Membolehkan Anda Memetik Mesej Rakan Sebelum Membalasnya

Diterbitkan pada June 10, 2016 oleh .

Pada hari ini, ketika berada dalam WhatsApp Group, mungkin ia agak sukar untuk anda melihat mesej manakah yang dibalas – apatah lagi jikalau ia disertai oleh ramai pengguna dan membincangkan pelbagai perkara. Dalam usaha untuk memudahkannya, kini WhatsApp dilihat sebuah fungsi baru bagi anda memetik mesej sebelum membalasnya.

Melalui WhatsApp Beta, kini pengguna boleh memetik sesuatu mesej, dan memilih untuk “Quote-nya” sebelum menaip mesej balasan.

WhatsApp Quote

Ia kemudian akan dipaparkan pada tetingkap mesej dengan mesej yang dipetik bersama, sekaligus memudahkan lagi pengguna lain memahami mesej manakah yang dibalas oleh seseorang.

Seperti biasa, buat masa ini ia hanya sekadar ujian di WhatsApp Beta sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan pada versi stabil WhatsApp.


TIPS & ULASAN