Sony Mengesahkan PS4 Neo – Tidak Akan Diperlihatkan Pada E3 2016

Sony Mengesahkan PS4 Neo – Tidak Akan Diperlihatkan Pada E3 2016

Diterbitkan pada June 10, 2016 oleh .

Desas-desus mengenai PlayStation 4 Neo atau PS4.5 telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas. Kini, pihak Sony mengesahkan perkara berkenaan melalui sebuah temuramah khas bersama pihak FT, dan pada masa yang sama mengatakan mereka tidak akan mengumumkannya pada E3 2016 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Melalui PlayStation 4 Neo ini, ia bakal membawakan spesifikasi yang dinaik-taraf, serta sokongan untuk memainkan permainan pada resolusi 4K.

Pada temuramah sama juga, pihak Sony mengesahkan yang mana mereka akan kekal menawarkan konsol PlayStation 4 versi sedia ada seperti biasa, sementara PS4 Neo akan ditawarkan pada harga yang lebih tinggi sedikit.

Buat masa ini, pihak Sony masih tidak memberikan tarikh pelancaran rasminya dan harga jualannya kelak.


TIPS & ULASAN