Peranti Moto X Masih Akan Dihasilkan, Tidak Akan Digantikan Oleh Moto Z

Peranti Moto X Masih Akan Dihasilkan, Tidak Akan Digantikan Oleh Moto Z

Diterbitkan pada June 11, 2016 oleh .

Lenovo Moto Z dilancarkan semalam dan ia adalah peranti utama yang dihasilkan oleh Lenovo. Ramai berpendapat dengan wujudnya Moto Z, peranti keluarga Moto X akan dihentikan sama seperti Sony mematikan Xperia Z dan digantikan dengan Xperia X. Lenovo hari ini menegaskan ini adalah tidak benar. Moto X akan terus dihasilkan dan mensasarkan golongan pengguna yang berbeza.

Moto X Style

Moto Z akan menjadi peranti utama dengan spesifikasi tertinggi dan penggunaan teknologi terkini seperti sistem modular Motomods. Harga jualan yang berbeza juga akan membezakan kedua-dua keluarga peranti dengan Moto X dijual sekitar $400. Jadi bolehlah dirumuskan Moto Z mensasarkan golongan yang mahukan peranti dengan teknologi paling terkini manakala Moto X mensasarkan golongan yang mahukan peranti yang baik tanpa berbelanja terlalu besar. Sementara ini pengguna Malaysia yang masih menantikan kemunculan Moto X Style yang menurut Motorola akan dijual di pasaran Malaysia tahun ini.


TIPS & ULASAN