Carian
Berus Gigi Pintar Phillips Mengesan Bahagian Gigi Yang Digosok
June 11, 2016 Effi Saharudin

Pemintaran objek kini wujud dalam bentuk berus gigi. Philips Sonicare FlexCare ialah berus gigi bermotor yang mengimbas bahagian mulut pengguna secara tiga dimensi. Ia kemudian mengesan bahagian gigi yang tidak diberus dengan dan memberikan notifikasi kepada peranti pintar. Selain imbasan tiga dimensi kepala berus gigi turut mampu mengesan tekanan yang digunakan ketika memberus.

Philips-berus-gigi-Pintar-2Ia akan mengingatkan pengguna untuk mengubah tekanan berus bagi memastikan gigi dan gusi tidak tercedera. Sekiranya anda mempunyai rekod gigi yang ditambal, aplikasi peranti pintar akan memberikan cadangan bagaimana gigi tersebut harus digosok. Dengan berus gigi pintar ini, kesihatan gigi dan gusi diharapkan akan menjadi lebih baik.  Apakah inovasi seterusnya? Sikat pintar bagi mengelakkan masalah botak? Pengorek telinga pintar yang mengimbas kedudukan tahi telinga? Jangan ketawa kerana hanya lima tahun yang lalu idea berus gigi pintar seperti Philips Sonicare FlexCare ini juga dianggap gila.

Komen