Manchester United Mahu Menubuhkan Pasukan Overwatch Profesional

Manchester United Mahu Menubuhkan Pasukan Overwatch Profesional

Diterbitkan pada June 11, 2016 oleh .

Overwatch ialah permainan tembak menembak berpasukan yang sedang hangat sekarang. Ramai teman-teman kami menghabiskan masa menanti berbuka puasa dengan berbunuhan di arena atas talian. Manchester United pula ialah kelab bola sepak ketiga terkaya di dunia dan memegang rekod paling banyak memenangi liga England. Sekiranya gambarajah Venn dilukis, tiada pertindanan di antara Overwatch dan Manchester United. Jadi berita  mereka bakal menubuhkan pasukan e-sukan Overwatch profesional mereka adalah amat mengejutkan.

overwatchManchester United sedang melakukan perundingan dengan sebuah pasukan Overwatch profesional untuk menjadi atlit e-sukan pertama mereka. Pasukan yang dirahsiakan ini turut menerima tawaran dari Fnatic. Apa yang dilakukan oleh Manchester United ini bukanlah perkara aneh kerana West Ham dan Wolfburg turut mempunyai atlet e-sukan mereka sendiri. Perbezaannya ialah dua kelab bolasepak ini menawarkan kontrak kepada dua atlet FIFA profesional yang masih mempunyai pertalian dengan bola sepak.


TIPS & ULASAN