Chromecast 2 Dan Chromecast Audio Kini Boleh Dibeli Di Malaysia

Chromecast 2 Dan Chromecast Audio Kini Boleh Dibeli Di Malaysia

Diterbitkan pada June 11, 2016 oleh .

Chromecast ialah peranti paling bernilai untuk mengubah televisyen LED biasa menjadi sebuah televisyen pintar. Chromecast asal sudah dijual secara rasmi di Malaysia sejak tahun lalu. Chromecast 2 dan Chromecast Audio diperlihatkan September tahun lalu. Kepada pengguna di Malaysia yang mahu membelinya, ia akhirnya tiba di Malaysia eksklusif menerusi Lazada.

Chromecast AudioChromecast 2 dijual pada harga RM 199 dan pembeli menerima langganan iFlix percuma selama setahun. Chromecast Audio juga dijual pada harga RM 199 sebuah tanpa sebarang tawaran percuma. Kepada yang kurang mengetahui mengenai dua peranti ini, Chromecast 2.0 ialah untuk penstriman video manakala Chromecast Audio mengubah pembesar suara biasa menjadi alat penstriman audio pintar. Chromecast 1.0 kami sudah mula bermasalah, masa untuk membeli model terkini.

 


TIPS & ULASAN