VLC 3.0 Bakal Menyertakan Sokongan Chromecast Secara Terbina

VLC 3.0 Bakal Menyertakan Sokongan Chromecast Secara Terbina

Diterbitkan pada June 12, 2016 oleh .

VLC Media Player merupakan salah satu pemain yang popular, dan digunakan ramai seluruh dunia. Terkini, berkongsi mengenai pembangunan pemain media versi terbaru, VideoLAN, syarikat disebaliknya seperti memberikan petanda yang mana VLC Media Player 3.0 bakal hadir dengan sokongan Chromecast.

Bagi yang tidak mengenali akan Chromecast, ia merupakan salah satu perkara yang telah diperkenalkan oleh Google dalam memudahkan anda strim kandungan ke televisyen daripada sebarang peranti lain – termasuk komputer dan juga telefon pintar melalui penggunaan rangkaian WiFi sama.

Melalui VLC Media Player 3.0 kelak, pengguna boleh memilih Chromecast sebagai destinasi untuk strim sesuatu media, dan ia akan memainkannya terus ke televisyen. Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya sama ada sokongan tersebut akan hadir pada desktop ataupun pada VLC untuk Android.

VideoLAN juga masih belum memberikan sebarang tarikh pelancaran untuk VLC Media Player 3.0 buat masa ini.


TIPS & ULASAN