Microsoft Ingin Cuba Teka Pasukan EURO Kegemaran Berdasarkan Kepada Gambar Anda

Microsoft Ingin Cuba Teka Pasukan EURO Kegemaran Berdasarkan Kepada Gambar Anda

Diterbitkan pada June 12, 2016 oleh .

Microsoft sebelum ini telah hadir dengan beberapa web ringkas memfokuskan kecerdasan buatan. Terkini, bersempena dengan musim EURO 2016, Microsoft hadir dengan sebuah lagi laman yang ingin menggunakan sistem kecerdasan mereka dalam membuat tekaan pasukan EURO kegemaran anda.

What-Fan

Laman What-Fan berkenaan akan meminta pengguna untuk memuat-naik gambar wajah anda, dan ia akan membuat beberapa analisa dalam membuat tekaan pasukan kegemaran anda. Antara perkara yang diambil kira adalah termasuk rupa wajah dan adakah serupa dengan pemain bola sepak yang lain.

Selepas membuat analisa, laman What-Fan berkenaan akan memperlihatkan pasukan yang mungkin anda minati untuk EURO 2016 ini. Seperti biasa, tekaan yang hadir tidak begitu tepat kebiasaannya memandangkan pasukan yang diminati seseorang sukar untuk diramal. Namun, ia mungkin sesuatu yang menarik untuk anda cuba dan lihat apakah pasukan yang diteka oleh Microsoft untuk anda.

Layari : Project Murphy – What-Fan


TIPS & ULASAN