Cari @ Amanz

VitalSignsPada OS X, pengguna boleh menambah beberapa jenis widget berbeza pada pusat notifikasi. Salah satu widget yang mungkin diminati anda yang sering memantau informasi sistem seperti suhu, kelajuan kipas dan penggunaan RAM adalah VitalSigns.

VitalSigns merupakan salah satu widget yang membolehkan pengguna memantau kesemuanya terus daripada pusat notifikasi dengan mudah. Pengguna turut boleh mengubah apa data yang mereka ingin lihat terus melalui pusat notifikasi berkenaan, dan rekaannya juga sangat kemas berbanding pelbagai widget yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Mac OS X, anda boleh memuat-turun VitalSigns ini secara percuma hari ini dan menggunakannya dalam memantau pelbagai informasi berkaitan sistem komputer terus melalui pusat notifikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd