Telegram telah memperkenalkan sokongan bot tidak lama sebelum ini, dan sejumlah bot menarik telah diperkenalkan pada platform berkenaan. Terkini, salah seorang pembangun tempatan turut hadir dengan bot yang ingin memudahkan beberapa tugasan, dinamakan sebagai PandaiBot.
PandaiBot mengatakan ia ingin membantu pengguna dalam pelbagai urusan. Pada hari ini, ia membolehkan pengguna untuk menyemak status penghantaran daripada PosLaju, SkyNet, City Link dan GD Express terus melalui Telegram tanpa perlu meninggalkan aplikasi permesejan berkenaan.
Disamping itu, pengguna turut boleh menyemak waktu solat, kadar tukaran matawang dan juga semak bil Tenaga Nasional Berhad. PandaiBot juga turut membolehkan pengguna membuat carian gambar dan GIF terus melalui Telegram.
Bagi anda yang menggunakan Telegram, anda boleh menambah PandaiBot untuk menyemak beberapa perkara melaluinya.
- Tambah : PandaiBot di Telegram