Cari @ Amanz

Apple telah diura-ura akan hadir dengan Macbook yang dilengkapi skrin OLED padanya, dan kini perekabentuk bebas hadir dengan sebuah rekaan konsep berdasarkan beberapa info yang tertiris. Untuk makluman, ini hanyalah lakaran konsep daripada perekabentuk dan bukannya rekaan rasmi pihak Apple.

Macbook Martin Hajek

Melalui rekaan konsep yang diperlihatkan, skrin OLED diposisikan pada bahagian atas papan kekunci seperti mana yang telah diura-urakan sebelum ini. Pada skrin berkenaan, beberapa info diperlihatkan, termasuk aplikasi yang sedang berjalan, disamping paparan info seperti masa, bateri, rangkaian WiFi dan sebagainya.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dikatakan bakal menyertakan skrin OLED, sokongan pengimbas cap jari dan juga ruangan USB-C pada komputer riba akan datang. Apple sedia mempunyai acara WWDC yang dijadualkan pada minggu ini, dan mungkin kita akan melihat apakah Apple akan berkongsi mengenainya ataupun tidak.

Macbook Martin Hajek

Macbook Martin Hajek

Apa pun, apa kata anda berkenaan dengan rekaan konsep yang diperlihatkan ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd