Honor 5A Diperkenalkan Di China – Peranti Bajet Daripada Honor

Honor 5A Diperkenalkan Di China – Peranti Bajet Daripada Honor

Diterbitkan pada June 13, 2016 oleh .

Honor pada tahun ini telah memperkenalkan Honor 5X dan juga Honor 5C. Terkini, mereka turut telah memperkenalkan satu lagi variasi dibawah keluarga Honor 5, iaitu Honor 5A. Honor 5A ini dijual pada harga RMB699 di China, iaitu sekitar RM434 mengikut tukaran mata wang semasa.

Honor 5A

Honor 5A hadir dengan skrin 5.5-inci dan paparan 1280×720 pixel, serta dijana dengan cip pemprosesan Kirin 620 atau Snapdragon 617. Honor melengkapkan peranti ini dengan memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB.

Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Tiada sokongan pengimbas cap jari disertakan pada peranti ini, dan ia turut hadir dengan rekaan kerangka belakang yang boleh dibuka.

Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3100mAh, serta sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI 4.1.

Buat masa ini, ia hanya dipasarkan di China sahaja. Untuk pasaran Malaysia, pihak Honor menjadualkan untuk memperkenalkan Honor 5C pada minggu ini.


TIPS & ULASAN