Cari @ Amanz

Titanfall merupakan salah satu permainan multiplayer yang memfokuskan kepada genre tembak-menembak pandang pertama. Ia diterbitkan oleh Electronic Arts, dan bersempena E3 2016, pihak EA telah pun memperlihatkan Titanfall 2 melalui saluran YouTube rasmi mereka.

Melalui Titanfall 2, selain daripada mod permainan multiplayer, ia juga menyertakan mod bermain seorang diri. Titanfall 2 akan menawarkan lebih ceritera berkaitan dunia Titanfall, selain pada masa yang sama mengisahkan mengenai perhubungan antara Pilot dan Titan. Trailer berkenaan juga memberikan sedikit gambaran jalan cerita, dimana Pilot asal untuk Titan berkenaan terbunuh dan ia dihubungkan kepada Pilot yang baru.

Titanfall 2 dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia akan diterbitkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan juga PC pada 28 Oktober 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd