FIFA 17 Akan Hadir Dengan Permainan Berdasarkan Jalan Cerita Melalui Mod The Journey

FIFA 17 Akan Hadir Dengan Permainan Berdasarkan Jalan Cerita Melalui Mod The Journey

Diterbitkan pada June 13, 2016 oleh .

FIFA merupakan salah satu permainan berbentuk simulasi bola sepak yang ditawarkan oleh Electronic Arts. Terkini, melalui FIFA 17 yang bakal hadir pada tahun ini, salah satu mod baharu yang ditambah oleh mereka adalah mod The Journey.

FIFA 17 akan dijana dengan enjin Frostbite yang menawarkan kualiti grafik terbaik, dan penawaran mod jalan cerita ini semestinya akan mengembirakan ramai peminatnya. Melalui mod The Journey ini, pemain akan mengawal satu watak dinamakan Alex Hunter – dan memainkan kisah hidupnya dalam menjadi pemain bola sepak terkemuka dunia.

FIFA 17 akan hadir pada 29 September ini, dan seperti biasa ia akan ditawarkan untuk konsol generasi terkini dan juga PC.


TIPS & ULASAN