Carian
EA Originals Bakal Menyokong Penerbit Permainan Indie
June 13, 2016 Aman

Pada acara E3 2016 hari ini, EA telah memperkenalkan beberapa permainan baru mereka yang akan datang, dan pada masa yang sama turut berkongsi mengenai inisiatif terbaru mereka EA Original yang bakal menyokong pembangun permainan bebas [indie].

EA Originals

EA Originals dikatakan akan melihat kepada permainan yang unik, cantik dan berinovasi serta akan diminati ramai pemain seluruh dunia. Dibawah inisiatif ini, Electronic Arts bakal menyokong penerbit permainan dengan menyediakan dana, disamping turut memasarkan dan menerbitkannya. Seperti ramai sedia maklum, Electronic Arts merupakan antara penerbit permainan terkemuka dan pelbagai penerbit indie akan dapat menggunakan kelebihan tersebut dibawah inisiatif ini.

Permainan pertama yang bakal diterbitkan dibawah EA Originals ini kelak adalah permainan yang dinamakan Fe – hadir daripada penerbit di Sweden.

Komen