Fallout 4 Akan Hadir Ke HTC Vive Untuk Pemain Memainkannya Dalam Realiti-Maya

Diterbitkan pada Jun 13, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fallout 4 merupakan salah satu permainan popular daripada Bethesda Game Studios, dan telah dilancarkan secara rasminya pada penghujung tahun 2015 lepas. Hari ini, berkongsi di E3, pembangunnya memperlihatkan ia bakal hadir dalam mod realiti-maya untuk dimainkan pada HTC Vive.

Untuk makluman, HTC Vive merupakan set realiti-maya yang dibangunkan oleh pihak HTC dan dijana berasaskan perisian Steam VR.

Disamping Fallout 4, permainan Doom juga diperlihatkan dalam bentuk realiti-maya tetapi tidak berkongsi mengenai penawarannya lagi buat masa ini.

Fallout 4 untuk HTC Vive dijangka diperkenalkan pada 2017 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami