Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini melalui laman Facebook mereka telah mengeluarkan sebuah gambar teaser, memperlihatkan telefon pintar Xiaomi Mi 5 bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Xiaomi Mi 5

Xiaomi Mi 5 telah diperkenalkan secara rasminya pada bulan Februari 2016 yang lepas, dimana ia hadir dengan penawaran skrin 5.2-inci, cip pemprosesan Snapdragon 820, memori sehingga 4GB RAM, kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 4-megapixel.

Ia dilengkapi dengan rekaan berasaskan kaca pada bahagian belakang, serta seperti biasa menggunakan antaramuka MIUI.

Pihak Xiaomi masih belum berkongsi akan tarikh jualannya lagi. Memandangkan mereka telah mula hadir dengan teaser, mungkin kita akan melihat ia dilancarkannya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd