Cari @ Amanz

Celcom hari ini secara rasminya telah mengumumkan mereka akan memulakan proses pemodenan rangkaian di Lembah Klang bermula daripada 17 Jun ini – yang mana bakal menambah baik rangkaian 4G mereka dalam usaha menampung lebih banyak pelanggan dan menawarkan kualiti rangkaian yang lebih baik.

Proses pemodenan rangkaian ini akan mengambil-masa selama 4 bulan lamanya, dan akan dilakukan sekitar Lembah Klang dari pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari. Celcom mengatakan ini adalah sebahagian daripada proses untuk bersedia kepada rangkaian 4.5G, selain turut menyediakan asas untuk sokongan rangkaian 5G kelak. Celcom sebelum ini telah mengatakan mereka menyasarkan untuk liputan LTE seluas 95% dikawasan berpenduduk menjelang tahun 2020 kelak.

Melalui laman rasmi, Celcom mengatakan pelanggan mungkin mengalami gangguan rangkaian antara pukul 10 pagi hingga 5 petang di kawasan yang terlibat – dan mungkin ada sesetengah masa pelanggan tidak akan mendapatkan liputan langsung. Namun, seperti biasa, Celcom telah mengambil langkah untuk mengatasinya dengan menyediakan pemancar sementara di dalam dan luar banggunan kawasan yang terjejas.

Celcom sendiri akan mengemaskini status dan lokasi yang terjejas sepanjang tempoh ini melalui laman rasmi Celcom.com.my.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd