Quake merupakan salah satu permainan tembak-menembak yang telah diperkenalkan buat pertama kalinya sekitar dua dekad yang lepas. Kini, bersempena dengan E3 2016, Bethesda mengembalikan kembali nostalgia permainan berkenaan dan telah memperkenalkan Quake Champions.
Quake Champions akan ditawarkan untuk PC, dan seperti asalnya, ia akan memfokuskan kepada permainan berbentuk tembak-menembak dalam arena. Permainan baru ini memfokuskan kepada arena e-sukan yang sedia popular, dan hadir dengan pelbagai kawalan aksi tempur untuk watak pilihan pemain.
Quake Champions juga dikatakan akan menawarkan permainan pada kadar bingkai 120Hz. Info lanjut mengenai permainan Quake Champions ini bakal dikongsikan sekitar bulan Ogos kelak.