Cari @ Amanz

Bagi pengguna Facebook pada peranti mudah-alih, anda mungkin sedia maklum akan berkenaan Facebook yang sync gambar dari telefon anda terus ke album gambar di Facebook dan disimpan sebagai peribadi untuk tatapan anda – dinamakan Photo Sync. Sokongan tersebut sebelum ini telah dihentikan selepas Facebook memperkenalkan aplikasi Moments pada tahun lepas.

Facebook Moments

Kini, bergerak ke hadapan, Facebook mengatakan mereka akan memadam semua gambar yang di sync untuk tatapan peribadi berkenaan – melainkan pengguna memuat-turun aplikasi Moments.

Moments dengan fokus terhadap gambar, akan memudahkan lagi pengguna menguruskan gambar mereka, disamping berkongsi gambar yang dirakamkan bersama-sama rakan lain dengan lebih peribadi.

Facebook mengatakan pengguna yang masih ingin menyimpan gambar yang di sync dari telefon pintar mereka, anda boleh memuat-turun aplikasi Moments sebelum 7 Julai dan sambung menguruskan gambar berkenaan melalui aplikasi berkenaan.

Pengguna juga boleh memilih untuk tidak memuat-turun aplikasi Moments, dan memuat-turun gambar dari profil mereka sebelum Facebook memadamnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd