Meizu m3s Hadir Dengan Bateri Lebih Besar Dan Pengimbas Cap Jari

Meizu m3s Hadir Dengan Bateri Lebih Besar Dan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada June 13, 2016 oleh .

Meizu m3 telah diperkenalkan pada bulan April lepas dan masih belum memasuki pasaran tempatan. Melangkah kehadapan, hari ini pihak Meizu telah memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah keluarga sama, dinamakan sebagai Meizu m3s.

Meizu m3s

Secara kasar, ia menawarkan spesifikasi sama seperti Meizu m3, iaitu hadir dengan skrin 5-inci 720p, cip pemprosesan MediaTek MT6750, memori dalam pilihan 2GB RAM/16GB storan atau 3GB RAM/32GB storan, kamera belakang 13-megapixl dan kamera hadapan 5-megapixel.

Membezakannya, kini ia hadir dengan bateri berkapasiti lebih besar, iaitu 3020mAh, selain turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari untuk sokongan sekuriti tambahan.

Meizu m3s

Meizu M3s yang menjalankan Android 5.1 dan menyokong dwi-SIM ini akan ditawarkan di China pada harga RMB699 (~sekitar RM434). Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Meizu akan menawarkan Meizu m3 atau Meizu m3s di Malaysia kelak.


TIPS & ULASAN