Pada minggu lepas peranti Wiko U Feel Lite telah dilancarkan secara rasminya untuk pasaran tempatan. Peranti ini merupakan salah satu variasi untuk Wiko U Feel yang hadir dengan kemasan berbeza dan spesifikasi RAM yang lebih. Namun dengan kedua-dua perbezaan tersebut, sedikit pun tidak mengurangi ciri-ciri utama pada Wiko U Feel Lite.
Berikut merupakan ciri-ciri utama yang ada pada Wiko U Feel Lite.
Pengimbas Cap Jari Yang Mengesan Jari Berbeza
Pengimbas cap jari merupakan salah satu fungsi yang makin diimplementasikan oleh pelbagai pengeluar peranti. Dengan pengimbas cap jari, ia bukan sahaja membolehkan pengguna menyahkunci peranti, malah lebih dari itu melancarkan aplikasi tertentu atau melakukan panggilan kepada seseorang, hanya berdasarkan jari tertentu. Wiko U Feel Lite membolehkan pengguna menyimpan sehingga 5 cap jari, dan melancarkan aplikasi berbeza atau menghubungi seseorang dengan pantas.
Fungsi Selfie Dengan Lampu LED-Flash
Kebelakangan ini fungsi Selfie menjadi salah satu ciri-ciri utama setiap peranti. Fungsi Selfie ini bukanlah sekadar merakam gambar sendiri, malah melakukan beberapa kesan khas, termasuklah dalam menjadikan wajah lebih cantik, baik dari segi kesan khas pada muka dan juga postur wajah. Fungsi LED-Flash untuk tujuan selfie adalah penting, dan tidak seperti telefon lain yang menggunakan paparan skrin sebagai pencahayaan kearah muka, Wiko U Feel Lite mempunyai lampu LED-Flash meskipun terdapat ‘Lite’ pada namanya. Ini sekaligus menguatkan nilai telefon pintar ini.
Turut Disertakan Dengan Aksesori Yang Baik
Apabila anda sudah berbelanja untuk peranti, pastinya anda mahu peranti anda dilindungi. Acapkali peranti yang dibeli, tidak menyertakan aksesori selain dari fon telinga. Bagi menambah nilai terhadap duit yang dibelanjakan, Wiko turut menyertakan casing silikon bagi memberikan sekelumit pertahanan terhadap peranti ini. Plastik pelindung skrin juga diberikan bagi mencegah calar-balar pada permukaan skrin. Satu lagi perkara yang dilihat tidak selalu dilakukan oleh jenama lain adalah Wiko turut menyertakan penyesuai (adaptor) kad-SIM membolehkan pengguna menggunakan kad Nano-SIM pada peranti ini.
Binaan Besi Yang Kemas
Mungkin telefon Wiko U Feel Lite ini kelihatan sedikit tebal, namun ia hadir dalam kemasan besi penuh, membuatkan ia selesa dipegang. Walaupun mempunyai nama ‘Lite’, tiada rasa seperti memegang peranti murah atau memegang peranti yang kurang dari segi bahan binaannya. Boleh dikatakan perasaan memegangnya agak kukuh.
Harga Yang Mampu Milik
Disebalik penawaran spesifikasi, fungsi dan ciri-ciri yang baik pada sesebuah peranti, perkara paling utama yang dititikberatkan adalah harga peranti tersebut. Sesebuah peranti perlulah dijual pada harga yang berbaloi dan mampu dimiliki, sekaligus mempopularkan teknologi dan memberi manfaat sejagat. Menariknya harga Wiko U Feel Lite telah diumumkan pada minggu lepas dan dijual pada harga RM 569. Pada harga sebegini, dengan ciri-ciri yang terkini seperti pengimbas cap jari, lampu LED-Flash untuk tujuan selfie, malah beroperasi menggunakan Android Marshmallow, semestinya berbaloi dan mampu dimiliki semua.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti Wiko U Feel Lite, anda boleh melayari halaman rasmi Wiko Mobile Malaysia atau kemaskini menerusi halaman Facebook Wiko Mobile Malaysia.
Penafian: Advertorial dari Wiko Mobile Malaysia