Permainan Kad Gwent Diumumkan Untuk PlayStation 4, Xbox One Dan PC
Artikel Berkaitan

Permainan Kad Gwent Diumumkan Untuk PlayStation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

The Witcher 3 ialah permainan yang menerima puluhan anugerah permainan terbaik tahu lalu. Permainan dari CD Projekt Red ini menerima pujian kerana grafik yang cantik dan misi yang mencabar. Terdapat puluhan misi tambahan yang bole dilakukan pemain dan antara yang memyebabkan puluhan jam dihabiskan iala permainan mini kad Gwent.

GWENT cardSekiranya anda membeli edisi khas The Witcher 3, dek kad Gwent diberikan percuma. Hari ini CD Projekt Red mengumumkan permainan khas Gwent untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia akan dijual September ini dengan versi beta pada Xbox One dan PC terlebih dahulu. Menarik sekali sokongan multiplayer diantara konsol dan PC akan disertakan. Terdapat juga misi solo kepada mereka yang lebih gemar bermain seorang diri. Jika anda antara ribuan yang meminta CD Projekt Red menghasilkan permainan khas Gwent, berita ini pasti akan mengembirkan hari anda.


TIPS & ULASAN