Cari @ Amanz

Desas-desus berkenaan penjenamaan semula OS X kepada macOS telah kedengaran sejak sebelum ini, dan hari ini secara rasminya Apple mengumumkan perkara berkenaan. Apple mengatakan penjenamaan semula OS X kepada macOS ini adalah salah satu usaha mereka dalam menyelarikan penjenamaan sistem operasi mereka pada pelbagai peranti.

macOS Sierra

Penggunaan nama OS X sendiri boleh dikatakan sesuatu yang bersejarah, memandangkan Apple telah menggunakannya selama lebih 15 tahun. Mac OS X pertama telah diperkenalkan pada tahun 2001 yang lepas, dan paling terakhir adalah OS X El Capitan.

Versi pertama dibawah macOS adalah macOS Sierra yang akan hadir kepada semua pengguna dalam beberapa bulan lagi. Seperti biasa, Apple menyertakan sejumlah fungsi baru pada macOS Sierra, termasuk sokongan Siri untuk macOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd