Project Scorpio – Konsol Xbox Generasi Akan Datang Dengan Sokongan Realiti-Maya

Project Scorpio – Konsol Xbox Generasi Akan Datang Dengan Sokongan Realiti-Maya

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

Microsoft hari ini telah memperkenalkan Xbox One S yang bersaiz kompak. Selain daripadanya, bersempena dengan E3 2016, Microsoft turut mengumumkan Project Scorpio, iaitu konsol generasi baru daripada mereka yang bakal hadir pada tahun hadapan.

Project Scorpio akan menawarkan spesifikasi yang sangat berkuasa, membolehkan pengguna memainkan permainan pada resolusi yang lebih tinggi, disamping turut menggunakannya bersama-sama set realiti-maya.

Project Scorpio ini akan menjadi penambahan ketiga dibawah keluarga Xbox One, dan akan menyokong pelbagai permainan Xbox One.

Microsoft menyasarkan untuk memperkenalkannya pada penghujung tahun 2017 kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai konsol ini ketika itu. Mungkin juga Microsoft memilih untuk mengumumkannya lebih awal, memandangkan pihak PlayStation telah bersedia untuk melancarkan PlayStation VR mereka pada tahun ini.


TIPS & ULASAN