WatchOS 3.0 Diumumkan – Kini Lebih Pantas, Memfokuskan Kecergasan Dan Memudahkan Berkongsi Data

WatchOS 3.0 Diumumkan – Kini Lebih Pantas, Memfokuskan Kecergasan Dan Memudahkan Berkongsi Data

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

Apple mempunyai lebih kurang empat sistem operasi untuk jenis peranti berbeza, dan watchOS adalah untuk jam tangan pintar mereka. Pada WWDC yang berlangsung hari ini, mereka telah memperlihatkan secara rasminya watchOS 3.0 yang akan hadir ke semua jam tangan pintar Apple Watch dalam beberapa bulan lagi.

watchOS 3.0 hadir dengan fokus kepada kepantasan, dimana ia kini beroperasi lebih kurang 7 kali lebih pantas berbanding sebelumnya. Ini bermakna, pengguna boleh melihat serta-merta data dan aplikasi yang dibuka tanpa perlu menantikan untuk seketika seperti sebelum ini.

WatchOS 3.0

watchOS 3.0 juga hadir dengan sokongan Dock untuk anda mengakses pelbagai aplikasi yang sering diakses dengan pantas, dan juga Control Center untuk membuat beberapa kawalan pada jam tangan pintar berkenaan. Apple turut memudahkan lagi pengguna mengubah muka jam mereka dengan hanya menatal pada skrin dan tidak melalui proses sukar seperti sebelumnya.

Disamping kemudahan, watchOS 3.0 turut memfokuskan kepada fungsi kecergasan – dan kali ini ia turut hadir dengan ciri-ciri mesra untuk mereka yang menggunakan kerusi roda. Apple turut memperkenalkan sebuah aplikasi baru dinamakan Breathe untuk memudahkan anda melalui proses pernafasan dengan lebih mendalam bagi menghilangkan tekanan.

WatchOS 3.0

Apple turut mengumumkan sokongan Acitivity Sharing bai membolehkan anda berkongsi beberapa data kecergasan bersama-sama rakan atau ahli keluarga lain – dan bersaing secara sihat dengan mereka.

WatchOS 3.0

WatchOS 3.0

Satu lagi fungsi menarik yang turut disertakan adalah fungsi SOS yang boleh diaktifkan dengan menekan butang pada bahagian kanan jam tangan, dan ia akan serta-merta membuat panggilan kepada pihak berkaitan. Fungsi ini boleh digunakan pada peringkat global dan tidak terhad kepada beberapa negara sahaja.

watchOS 3.0 boleh diakses pembangun pada hari ini, dan ia bakal ditawarkan kepada semua pengguna Apple Watch tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN