Apple Kini Membolehkan Pembangun Mengintegrasikan Aplikasi Mereka Bersama Siri

Apple Kini Membolehkan Pembangun Mengintegrasikan Aplikasi Mereka Bersama Siri

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

Apple sebelum ini lebih membuatkan Siri beroperasi sebagai sebuah platform tertutup, dan hari ini mengubahnya dengan membolehkan para pembangun untuk mengintegrasikan aplikasi mereka bersama-sama Siri.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus membolehkan para pengguna untuk mengakses pelbagai aplikasi pihak ketiga terus melalui arahan suara Siri. Apple sendiri memperlihatkan beberapa demo, termasuk kebolehan menghantar WeChat dengan arahan suara di Siri.

Siri Wechat

Pengenalan ini juga sekaligus akan membolehkan Siri lebih dioptimasikan untuk seseorang pengguna, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan terus melalui Siri.

Seperti biasa, pembangun perlu menyertakan sokongan Siri ini pada aplikasi mereka terlebih dahulu sebelum ia dapat diakses oleh pengguna.


TIPS & ULASAN