Pengguna Mac Boleh Membuat Pembayaran Di Web Menggunakan Apple Pay

Pengguna Mac Boleh Membuat Pembayaran Di Web Menggunakan Apple Pay

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

macOS Sierra membawa pelbagai fungsi baru, dan salah satu fungsi yang turut disertakan adalah integrasi Apple Pay. Melaluinya, kini Apple membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran di pelbagai web e-dagang menggunakan maklumat di Apple Pay mereka.

Apple Pay Mac

Fungsi ini akan membolehkan pengguna hanya melakukan pembayaran seperti biasa, dan seterusnya mengesahkan info mereka melalui penggunaan Touch ID pada iPhone, ataupun mengesahkan menggunakan Apple Watch. Perkara ini juga turut mempercepatkan urusan pembelian tanpa perlu memasukkan data kad kredit dan sebagainya berulang kali.

Walaubagaimanapun, penawaran Apple Pay masih terhad buat masa ini, dan hanya disokong dibeberapa buah negara sahaja, iaitu di Amerika Syarikat, UK, Kanada, Australia dan juga Singapura.

Apple Pay


TIPS & ULASAN