Apple Membolehkan Anda Nyah-Pasang Sejumlah Aplikasi Apple Yang Hadir Terbina Di iOS 10

Apple Membolehkan Anda Nyah-Pasang Sejumlah Aplikasi Apple Yang Hadir Terbina Di iOS 10

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

Pada iOS, Apple menyertakan sejumlah aplikasi secara terbina. Kini, bagi anda yang tidak meminati pelbagai lambakan aplikasi yang tidak digunakan, anda boleh nyah-pasang aplikasi berkenaan pada iOS 10 – sekaligus mendapatkan ruangan tambahan pada iPhone dan iPad anda.

Apple iOS 10

Melalui iOS 10, pengguna boleh nyah-pasang sejumlah aplikasi, termasuk Calculator, Calendar, iBooks, iCloud Drive, Mail, Maps, Music, News, Notes, Podcasts, Reminders, Stocks, Tips, Videos, Weather dan beberapa yang lain.

Apple juga telah menerbitkan aplikasi mereka di AppStore bagi membolehkan pengguna untuk memuat-turunnya kembali pada bila-bila masa dengan mudah. Kaedah serupa turut digunakan oleh Google dalam usaha menawarkan kemaskini fungsi dengan lebih pantas berbanding perlu menantikan kemaskini sistem operasi.

Pengenalan fungsi ini juga dilihat menawarkan kemudahan lagi untuk pengguna bagi memilih aplikasi utama yang digunakan setiap hari.

Apple iOS 10 telah diumumkan pada awal pagi hari ini dan hanya ditawarkan untuk pembangun buat masa ini. Ia dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna sekitar September kelak.


TIPS & ULASAN