Carian
Samsung Galaxy Note 7 Dijangka Diperkenalkan Pada 2 Ogos 2016
June 14, 2016 Aman

Dua peranti Samsung yang sering mendapat perhatian ramai adalah peranti dibawah keluarga Galaxy S, dan juga Galaxy Note. Pada bulan Februari lepas Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy S7, dan kini sebuah gambar tertiris memperlihatkan Samsung bakal melancarkan Galaxy Note 7 pada 2 Ogos 2016 kelak.

Galaxy Note 7

Samsung dijangka melangkaui penggunaan nama Galaxy Note 6, dan terus menggunakan angka 7 – sekaligus menjadikan ia selari dengan keluarga Galaxy S. Dibawah keluarga Galaxy Note 7, dua peranti dijangka diperkenalkan, iaitu termasuk Galaxy Note 7 Edge.

Mengikut info tertiris sebelum ini, ia dikatakan Samsung mungkin menyertakan skrin 5.8-inci QHD, cip Snapdragon 823, penggunaan bateri berkapasiti 4000mAh, sokongan pengimbas mata, kalis air, dan juga USB Type-C.

Pihak Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan perkara ini buat masa ini.

Komen