Hideo Kojima Kembali Dengan Death Stranding

Hideo Kojima Kembali Dengan Death Stranding

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

Perkara paling mengejutkan pada acara khas PlayStation sempena E3 ialah kemunculan Hideo Kojima. Seja kebelakangan ini studio Kojima Productions hanya menunjukkan maskot mereka Ludens. Kojima mengejutkan hadirin dengan memperlihatkan permainan baru yang sedang beliau hasilkan iaiatu Death Stranding.

Kesemua visual yang dipaparkan pada visual di atas menurut Kojima dihasilkan secara terus menggunakan in game engine dan bukannya animasi 3D. Watak utama Death Stranding dimainkan oleh Norman Reedus yang sepatutnya muncul di dalam Silent Hills yang dibangunkan Kojima. Tidak banyak maklumat diketahui mengenau Death Strandling. Visual yang dipaparkan kelihatan aneh dan penuh misteri. Bilakah permainan ekslusif PlayStation 4 ini akan menemui peminat juga tidak kami ketahui. Yang kami ketahui setakat ini ialah Kojima muncul di atas pentas dan perkara pertama yang beliau sebutkan ialah “saya kembali!”. Sebagai peminat kami hanya mampu berkata “terima kasih kerana kembali!”.


TIPS & ULASAN