Carian
Resident Evil 7 Dan Batman : Arkham VR – Antara Permainan Yang Menyokong PlayStation VR
June 14, 2016 Effi Saharudin

Terdapat dua peranti realiti maya untuk platform PC iaitu Oculus dan Vive. Pada platform peranti mudah alih pula hampir kesemua pengeluar kini mula menghasilkannya. Pada konsol setakat ini hanya PlayStation VR diumumkan untuk PlayStation 4 dengan Xbox Project Scorpio dilaporkan akan menyokong Oculus. Sempena pengumuman tarikh dan hara jualannya hari ini, beberapa permainan baru yang menyokong PS VR diumumkan.

https://www.youtube.com/watch?v=Sy0kkxsmiy4

Pengumuman yang kami yakin tidak disangka ialah sokongan PS VR untuk Resident Evil 7. Kali ini Resident Evil dimainkan dari pandang pertama. Sebuah perubahan besar dari pandangan third person yang kita lihat sejak Resident Evil 4. Keseluruhan permainan boleh dimainkan dari awal hingga akhir menggunakan PS VR. Anda masih boleh memainkan RE7 tanpa PS VR. Apa yang kami suka ialah visual permainan yang menakutkan. Selepas sambutan yang kurang menggalakkan untuk Resident Evil 6, RE7 dengan sokongan PS VR ini amat mengujakan dan akan kami cuba sendiri esok. Kepada pembaca demo RE7 boleh dimuat turun malam ini manakala permainan akan dijual 24 Januari 2017.

Batman Arkham VRSeterusnya ialah Batman : Arkham VR. Teaser yang dipaparkan tidak menunjukkan banyak informasi selain baju Batman lama dan suara Joker. Memandangkan Joker sudah meninggal dunia dan Batman menggunakan baju zirah di dalam Arkham Knight tahun lalu, permainan ini mungkin sebuah prekuel yang berlaku ketika Arkham Asylum. Melalui PS VR pemain akan dapat melihat dunia dari pandangan Batman. Pembangunan dilakukan sendiri oleh Rocksteady yang sebelum ini berjanji Arkham Knight adalah permainan terakhir mereka. Kami difahamkan pemain dapat meneroka Batcave dan Wayne Manor. Nantikan kemunculannya Oktober ini.

Start Wars X Wing VR MissionAnda sukakan Star Wars Battlefront? Ia turut akan menyokong PS VR menerusi Star Wars Battlefront : X Wing VR Mission. Permainan ini eksklusif untuk PlayStation 4 buat masa ini dan akan membenarkan pemain menjadi juruterbang pesawat X Wing. Misi dilakukan di angkasa lepas dan bukannya berhampiran permukaan planet seperti di dalam Star Wars Battlefront. Kepada yang mahu menikmati peperangan angkasa pada skala besar seperti di dalam Return of The Jedi, permainan yang hadir penghujung 2016  ini mungkin harus disenarai pendekkan. Ibu bukan satu-satunya permainan VR bertemakan Star Wars, Trials of Tatoine turut dihasilkan untuk HTC Vive.

Final Fantasy VR MissionSatu genre yang mungkin tidak sinonim dengan realiti maya ialah RPG. Namun ini bukan batu penghalang kepada Square Enix untuk menghasilkan sebuah permainan baru Final Fantasy XV VR Experience. Watak dari FF XV dipaparkan menentang musuh dari pandangan pertama. Tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini.  Akhir sekali ialah Farpoint. Ia adalah permainan FPS yang berlatar belakangkan angkasa lepas. Pemain cuba untuk meneroka planet, menentang makhluk asing dan kekal hidup di atas permukaan planet yang tidak akan membenarkan anda melakukan kesilapan.

Ini hanya sebahagian kecil dari 50 permainan yang akan dihasilkan untuk PlayStation VR dari hari pelancaran sehingga penghujung tahun ini. Konsol juga sudah memasuki era VR, persoalannya berapa ramai yang akan mampu memilikinya?

Komen