Xiaomi Mi 5 Dijual Di Malaysia 18 Jun Ini Pada Harga RM 1549
Artikel Berkaitan

Xiaomi Mi 5 Dijual Di Malaysia 18 Jun Ini Pada Harga RM 1549

Diterbitkan pada June 14, 2016 oleh .

Xiaomi Malaysia menangguhkan tarikh jualan kepada 25 Jun.

Imej teaser diperlihatkan semalam dan mengesahkan Xiaomi Mi 5 akan memasuki pasaran tempatan. Hari ini pihak Xiaomi Malaysia mengesahkan harga jualan peranti utama mereka ini ialah RM 1549 sebuah mulai 18 Jun ini. Sekali pandang ia nampak seperti harga yang agak mahal memandangkan peranti Xiaomi terkenal dengan harga mampu milik. Tetapi apabila melihat spesifikasi, ia masih lagi peranti utama yang dijual pada harga berpatutan.

Xiaomi Mi 5 Malaysia

Peranti yang diperlihatkan di MWC Februari lalu ini mempunyai skrin 5.2″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 16 Megapixel dengan sokongan OIS dan kamera hadapan 4 Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C. Nampaknya hanya satu versi dibawa masuk untuk pasaran tempatan. Kepada yang menanti sejak Februari, bersedialah untuk beli dengan pantas pada 18 Jun ini.


TIPS & ULASAN