God Of War Diumumkan – Sambungan Mitos Kratos

God Of War Diumumkan – Sambungan Mitos Kratos

Diterbitkan pada June 15, 2016 oleh .

Bagi kami pengumuman terbesar untuk PlayStation 4 bukanlah Death Strandling oleh Hideo Kojima. Sebaliknya permainan yang benar-benar menarik perhatian adalah yang pertama sekali diperlihatkan iaitu God of War. Persoalan pertama yang muncul selepas demo selama 9 minit diperlihatkan ialah adakah ini sambungan kisah Kratos ataupun penceritaan baru (reboot)?

Sony tidak memberikan jawapan yang jelas apabila soalan ini ditanyakan tetapi dari demo yang panjang ini terdapat beberapa petunjuk yang membuktikan ini ialah kesinambungan dari God of War III. Kepada yang sudah terlupa, di akhir God of War III Kratos bertindak membunuh diri selepas berjaya menghapuskan kesemua dewa dewi Olympus. Kematian beliau tidak jelas kerana kamera bergerak ke atas dan memberikan harapan beliau mungkin masih hidup.

Gof of War ParutPertama sekali wajah watak utama pada demo jelas mempunyai parut pada mata kanan. Parut ini diterima oleh Kratos selepas ditampal oleh Dewa Ares di dalam GoW Chains of Olympus. Cacah berwarna merah dan kulit putih abu terlalu hampir dengan Ghost of Sparta yang kita kenali. Sekitar minit ke-3 jelas kelihatan parut pada lengan watak utama yang berbentuk rantai Blades of Chaos. Akhir sekali petunjuk paling ketara ia kewujudan Spartan Rage, adalah tidak masuk akal sebuah watak baru di dunia Viking mempunyai kuasa dari zaman Yunani.

Gof of War Parut 2Nampaknya Kratos kekal hidup selama beberapa ribu tahun selepas berakhirnya God of War III. Selepas usai menghapuskan Olympus beliau kini menentang dewa dewi Asgard pula. Kami akan cuba memainkan demo yang dipamerkan di E3 hari ini  dan melihat sama apakah benda baru yang mampu dilakukan Kratos dan anak beliau.


TIPS & ULASAN