Cari @ Amanz

Untuk menyelami permainan realiti maya, pengawal khas diperlukan bagi menjadikan pengalaman lebih realistik. Kedua-dua Oculus dan Vive mempunyai pengawal permainan khas mereka sendiri yang menjejak pergerakan tangan pemain. Kini tiba giliran PlayStation VR untuk menerima pengawal permainan khas untuk aksi menembak.

PS VR Aim Controller 2PS VR Aim Controller ialah pengawal khas yang dihasilkan untuk permainan Farpoint yang diperlihatkan hari ini. Menurut Sony pengawal realiti maya ini menjejak pergerakan pada nisbah 1:1. Ini dilakukan dengan menggabungkan sistem pengesan kamera dan pergerakan terbina. Enam tahun yang lalu Sony mengeluarkan PlayStation Move Sharp Shooter untuk Killzone 3. Perbezaan ketara antara kedua-dua “senapang” ini ialah pengawal Move dimasukkan ke dalam PlayStation Move Sharp Shooter. PS VR Aim Controller sedia digunakan tanpa pemasangan tambahan. Harga jualan masih belum diketahui setakat ini.