Permainan Spider-Man Bakal Hadir Ke PlayStation 4

Permainan Spider-Man Bakal Hadir Ke PlayStation 4

Diterbitkan pada June 15, 2016 oleh .

Watak manusia labah-labah atau Spider-Man boleh dikatakan antara watak yang digemari ramai, dan turut telah mencuri perhatian ramai peminat melalui filem Captain America terbaru. Terkini, pada E3 2016, pihak Sony turut mengambil peluang memperlihatkan permainan Spider-Man yang bakal hadir ke PlayStation 4.

Permainan baru Spider-Man untuk PlayStation 4 ini akan dibangunkan oleh Insomniac Games, dan pihak Sony turut bekerjasama dengan Marvel dalam membangunkan permainan ini.

Buat masa ini, tiada tarikh pelancarannya yang diumumkan buat masa ini, tetapi ia dilihat akan eksklusif untuk konsol PlayStation 4, dan akan memfokuskan permainan dunia-terbuka.


TIPS & ULASAN